Saturday, February 6, 2010

INTERGRASI ICT DALAM P&P

BAGAIMANA INTEGRASI TEKNOLOGI DAPAT MEMBANTU PROGRAM PEMBESTARIAN SEKOLAH

Integrasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di sekolah hari ini amatlah penting. Teknologi telekomunikasi dan multimedia pada masa kini digunakan secara global dan revolusi ini telah meresap ke semua sektor dalam kehidupan masyarakat. Untuk mengharungi cabaran ini serta mencapai matlamat Lebuhraya Multimedia (MSC) dan Wawasan 2020, inisiatif untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah tepat pada masanya. Teknologi bersepadu terkini mempunyai kelebihan menggabungkan visual realistik dengan teks dan suara dan berupaya membenarkan pelajar menggunakannya dalam apa juga cara. Melalui integrasi ICT beberapa perubahan dan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Antaranya ialah perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar. Dalam hal ini pelajar menjadi fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori konstruktivisme
Pengenalan kepada ICT telah membawa kepada sikap yang positif di kalangan pelajar. Ini kerana ICT menyediakan peluang yang luas dalam aktiviti pembelajaran berbanding dengan kaedah tradisional . Melalui penggunaan internet pelajar boleh menimba ilmu pengetahuan serta contoh-contoh yang praktikal. Kemudahan hipermedia dan multimedia telah memudahkan pendekatan dan kaedah belajar yang tidak mungkin dapat dilaksanakan sekiranya menggunakan kaedah tradisional.


ICT menyediakan kaedah dengan memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan ilmu secara aktif selain daripada menerima ilmu secara sehala sahaja. Integrasi teknologi dalam P&P memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam P&P. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi.
Integrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dilihat dari perspektif yang lebih luas iaitu menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan dalam P&P. Dalam keadaan ini terdapat peranan ICT dari segi meningkatkan mutu dan mempelbagaikan penyampaian dan pengajaran melalui penggunaan internet, bahan-bahan multimedia disamping bahan pengajaran yang sedia ada. Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan dengan menggunakan bahan visual grafik, teks, muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep. Integrasi ICT dalam P&P merupakan perkara yang penting dan memerlukan sokongan serta usaha yang bersungguh-sungguh di antara pemimpin sekolah, guru, pelajar dan semua pihak. Sekolah tidak ada pilihan lain melainkan menerima perubahan dan fenomena ICT serta guru-guru perlu cepat menguasai ilmu dan ketrampilan ICT untuk diterapkan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu penglibatan pemimpin sekolah dalam membina polisi, pelan pembangunan ICT dan sokongan terhadap program pembangunan staf adalah menjadi teras utama. Sokongan dan sumbangan pihak luar harus dilihat sebagai satu peluang untuk memantapkan penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Monday, February 1, 2010

PEMBESTARIAN

1. “ Pembestarian sekolah merupakan proses berterusan ke arah pembudayaan ICT dalam pendidikan bagi meningkatkan lagi kualiti P&P, keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah serta kompetensi guru” Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 m.s.56 Bagaimanakah penggunaan ICT dalam organisasi anda dapat meningkatkan kompetensi anda sebagai seorang pendidik?
2. Pembestarian Sekolah ialah satu proses untuk mencapai matlamat pendidikan negara dan membantu murid menghadapi era teknologi maklumat melalui:
3. Pengajaran & Pembelajaran Pengurusan Sekolah Courseware Wetware bimbingan dan latihan kepada pengetua, guru besar, dan guru; serta kerjasama ibu bapa & komuniti Hardware
4. Kompetensi Umum merujuk kepada pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri peribadi yang perlu dimiliki oleh setiap pegawai tanpa mengira gred jawatan dan organisasi pegawai berkenaan. Kompetensi Khusus pula merujuk kepada pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan bagi melaksanakan bidang tugas sesuatu jawatan.
5. Pengautomasian Pusat Sumber Sekolah
SCHOOLNET EMIS


6. EMIS merupakan satu sistem yang mengandungi pemprosesan berasaskan komputer dan atau tatacara manual yang menyalurkan atau menyediakan maklumat berguna, lengkap dan tepat pada masanya. Maklumat ini penting untuk menyokong proses membuat keputusan atau decision making MENU
7. Sistem SPSS ini dibangunkan khusus untuk Pengurusan Pusat Sumber Sekolah yang menggunakan Sistem perpuluhan Dewey. Sistem ini dibangunkan oleh Pusat Sumber Pendidikan Negeri Johor, Jabatan Pendidikan Johor pada tahun 1988 yang kemudiannya telah digunapakai oleh kebanyakan sekolah di negara ini Sistem ini juga disesuaikan dengan keperluan Program Membina Tabiat Membaca (NILAM) yang dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1998
8. Sekolah mesti mempunyai pengurus yang mengamalkan prinsip pembudayaan ICT yang cekap dan berkesan untuk menjadi sekolah yang berdaya saing dan relevan dengan kehendak semasa. Pembestarian sekolah merupakan satu cara untuk mempercepatkan proses menjadikan semua sekolah di negara ini menjadi sekolah bestari. Guru harus sentiasa mempertingkatkan kompetensi, kebolehan prestasi dan keyakinan diri dari semasa ke semasa agar segala tuntutan dalam perubahan berkaitan pendidikan seperti kurikulum dan dasar- dasar dapat ditangani secara lebih efisien.

Pengenalan

Selaras dengan hasrat negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, Malaysia berusaha untuk mengubah suai sistem pendidikannya. Wawasan ini bertujuan menuntut kestabilan ke arah pertumbuhan produktiviti yang hanya dapat dicapai melalui kepakaran teknologi, tenaga kerja yang mampu berfikir secara kritis dan bersedia untuk turut serta sepenuhnya dalam ekonomi dunia abad kedua puluh satu. Di samping itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan berhasrat untuk membentuk perkembangan potensi individu secara holistik dan bersepadu supaya dapat menghasilkan pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pemangkin ke arah pengubahsuaian ini ialah pembentukan Sekolah Bestari yang lengkap dengan teknologi terkini bagi menetapkan sistem pendidikan negara di samping menyediakan tenaga kerja untuk menghadapi cabaran abad akan datang.